Saturday, February 20, 2010

Doa yang belum sempat dibaca selepas 4 orang anak

Doa Sebelum Bersetubuh
Selasa, 29 Juni 04

بِسْمِ اللهِ اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا.

“Dengan Nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari setan, dan jauhkan setan untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami.” ( HR. Al-Bukhari 6/141, Muslim 2/1028.)

Friday, February 19, 2010

Baca-Komen-Copy - Paste

Terima kasih kepada individu yang memberi kebenaran mengeluarkan entri blog mereka dalam blog ini.

Terima kasih.


rahmat said,
in February 19th, 2010 at 11:43 pm

Salam,

Tuan,

Saya selalu membaca tulisan tuan dalam blog ini. Jika diberi kebenaran, bolehkah saya copy & paste artikel yang saya sukai dari blog ini (dgn memasukan nota suber http://gurubashid.com)untuk dimuatkan dalam blog saya yang akan di’rasmikan’ sedikit masa lagi. Kalau boleh apa syarat2nya lagi. Kalau tak boleh tidak mengapa.

Teruskan menulis, t kasih
rahmat, kota bharu, kelantan.

GuruBashid:
Salam kembali buat Rahmat, semoga Allah merahmati saudara. Ambillah dan sebarkanlah asalkan mengekalkan nama penciptanya GuruBashid/Abd Bashid Harun dan url lamannya sekali. Terima kasih atas kesudian saudara mengikuti tulisan dalam blog saya. Tanpa kunjungan dan keprihatinan individu seperti saudara mana mungkin blog saya memberi manfaat kepada orang lain. Sebarkanlah sesuatu yang baik daripada Guru sebab itu bukan tugas yang tidak baik. Tahniah atas kelahiran laman sendiri. Selamat berblog

Perlukah Guru Garang? - Dari blog gurubashid, http://gurubashid.com

Saya Mesti Jadi Garang Untuk Mendiamkan Murid: Salah Tu Cikgu
Posted in February 3rd, 2010
by Cikgu Bashid in Panduan

Luahan Bakal Guru:

Salam, cikgu…saya guru pelatih dari sabah. sekarang sedang praktikum. saya ada masalah. kelas saya tahun 2 kelas belakang. budak ada 30 lebih tapi sekolah ni sekolah kampung. budak2nya x dengar cakap saya. ada macam2 perangai. yg hyperactive, yang degil, yang ego, yang kuat report, yang x nak duduk, yang suka pukul kawan…tolong saya,,boleh cikgu bagi cadangan macam mana nak handle these kids? saya dah cuba jadi garang dan tegas tp nampaknya x jalanlah.

Jawapan saya:

Cikgu, jangan berlawan lari dengan mereka, tentu cikgu akan kalah. Jangan lawan menjerit dengan mereka sebab mereka ramai.Jangan berlawan kepung dengan mereka nanti cikgu yang terkepung.

Cikgu kata cikgu sudah jadi garang dan tegas. Maafkan saya cikgu. Mungkin tafsiran cikgu tentang garang dan tegas itu hanya pada kata-kata yang cikgu lafazkan.

Cikgu jangan lupa, diam seseorang guru dan bahasa tubuh mereka kadang-kadang jauh lebih berkesan dalam mendiamkan murid tanpa keluarkan sepatah perkataan yang dikatakan “garang”.

Dalam kes ini garang kata-kata tidak akan menyelesaikan masalah.Jika anda garang mereka akan lebih garang kepada cikgu. Ingat cikgu, kepercayaan yang salah yang selama ini menjadi pegangan dalam perguruan ialah garang akan mendiamkan murid.

Cikgu kena terima mereka seadanya. Jangan menerima mereka sebagai murid yang bermasalah. Jika impression pertama cikgu tentang mereka seperti itu cikgu yang akan menghadapi masalah untuk sepanjang tempoh praktikum itu. Cikgu sedang megirimkan minda fax yang salah ke atas murid-murid cikgu, dengan mendakwa murid cikgu bermasalah dan susah diurus.

Maka sebagai balasannya cikgu sekarang menerima tanggapan yang sama daripada murid-murid cikgu. Cikgu dilihat bermasalah oleh murid-murid cikgu. Mereka ingin cikgu ikut mereka sebab cikgu mahu mereka ikut cikgu dengan cara-cara cikgu.

Akibatnya cikgu yang akan bermasalah, bukan murid-murid cikgu. Sebenarnya 30 orang murid cikgu itu sedang bergembira dan mereka sedang melalui kehidupan sebenar mereka. Cikgu yang berdukacita sekarang, bukan mereka.

Mereka sedang menguji cikgu. Sepatutnya cikgu rasa bertuah menerima murid seperti itu sebab cikgu mendapat murid yang berbagai-bagai ragam. Satu pengalaman berharga yang ditentukan buat cikgu dan tidak kepada cikgu yang lain.

Beri apa yang mereka mahu.Pelbagai tafsiran yang cikgu buat tentang murid cikgu.Hiperaktiflah, suka lawan, suka gaduh, kaki repot dan sebagainya. Sebenarnya apa yang cikgu gambarkan tentang murid-murid cikgu,bukan masalah. Masalahnya sekarang adalah cikgu, iaitu bagaimana cikgu mahu mendiamkan mereka. Ya cikgu kena ada skill mendiamkan mereka.

Saya ingin beritahu cikgu lupakan nak mengajar kalau cikgu tak dapat nak diamkan mereka.Jika makan boleh mendiamkan mereka cikgu kena bagi mereka makan. Jika menonton boleh mendiamkan mereka cikgu kena buat satu tayangan. Jika menyanyi boleh diamkan mereka cikgu kena menyanyi atau buat aktiviti nyanyian. Jika mereka sudah belajar untuk diam baru cikgu boleh mula mendekati mereka, dan selepas itu baru cikgu boleh mengajar.

Murid hanya diam apabila ada kerja yang sedang dibuat. Jika cikgu melihat dari jauh, mengawal dengan mata, banyak bercakap dan berkata jangan buat itu dan jangan buat ini cikgu akan menghadapi tekanan. Berkata jangan dan memandang dengan sakit hati ke arah murid-murid cikgu bukanlah cara kawalan yang terbaik.

Saya merayu kepada cikgu supaya bersangka baik dengan murid-murid cikgu. Cikgu dengan nada sinis kata mereka budak sekolah kampung. Selepas itu cikgu kata macam-macam tentang budak sekolah kampung itu.

Apa yang cikgu rasa terhadap murid-murid cikgu dan tanggapan cikgu tentang murid-murid kampung itulah sebenarnya masalah cikgu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Cikgu sekarang terperangkap dengan tanggapan cikgu sendiri.

Tanggapan cikgu terhadap murid-murid cikgu sudah salah untuk kali pertama, bagaimana cikgu mahu menjadikan mereka betul. Betul jika ia menurut cara cikgu, bukan betul kerana menurut cara yang sepatutnya.

Nasihat saya selesaikan masalah cikgu dulu, baru cikgu dapat ketenangan dan seterusnya membuka jalan ke arah penyelesaian yang sebaik-baiknya.

Berikan saya 30 murid yang cikgu katakan itu kepada saya. Saya tahu bagaimana untuk berhadapan dengan mereka. Saya akan terima dahulu mereka seadanya dan saya bersihkan sebarang prasangka buruk mengenai mereka tanpa saya mengenali mereka terlebih dahulu.

Cikgu hanya mahu mengajar tetapi cikgu tidak mahu ambil masa untuk belajar tentang mereka. Cikgu terus membuat kesimpulan dan kesimpulan yang cikgu buat tentang murid-murid cikgu itulah yang menjadikan fikiran cikgu kusut dan akhirnya cikgu akan sugul sepanjang hari berdepan dengan semua ini.

Ingat cikgu, ini baru praktikal, bagaimana jika cikgu menjalankan tugas mendidik yang sebenar di sebuah sekolah yang cikgu pun belum tahu bagaimana keadaannya?

Nasihat GuruBashid

Panduan syarahan agama - http://gurubashid.com

Panduan pertandingan syarahan agama dari http://gurubashid.com

GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt.

Sdr Mohd Ismadi, semoga Allah merahmati anda. Sampaikan salam saya buat ustaz anda juga.

1 Saya pernah menjadi ketua juri ketika saya di Sabah dan waktu itu saya mengajar subjek Pendidikan Islam, dan sekaligus sebagai YDP Persatuan Guru Ugama Kebangsaan Sabah (PGUKS).
2 Ini agak lama dan saya kira mungkin format syarahan agama sekarang telah berubah. Saya pun tidak pasti sebab saya sudah lama tidak terlibat dalam bidang ini.
3 Tetapi saya berharap apa yang saya tuliskan di sini sedikit sebanyak dapat membantu.
i. Mulakan dengan salam dan kemudian baru diikuti dengan kalam. Kaedahnya, assalam qablal kalam yang bererti “salam itu datang sebelum kalam (perkataan).”
ii. Selepas itu diikuti dengan hamdallah dan solawat.
iii. Nyatakan tajuk syarahan dan beri maksud keseluruhan tajuk sebagai membuktikan anda benar-benar memahami dan menghayati kehendak tajuk. Tak perlu beri definisi satu persatu, memadai beri definisi keseluruhan tajuk.
iv. Nyatakan secara ringkas ke mana hala tuju yang hendak dibawa supaya hakim dan pendengar jelas fakta yang akan anda huraikan.
v. 7 isi. Setiap isi ada kata kunci, ada huraian. Dalam huraian mesti ada contoh, jika ada data terkini masukkan, petik sejarah silam yang berkaitan dan hubungkannya dengan isu semasa, muatkan dalil naqli sahaja (ayatnya bukan maknanya) dan buat rumusan kukuh.
vi. Dalil (Quran atau hadith) boleh disebut dahulu, di tengah-tengah atau di akhir setiap isi. Jika dalil itu bersesuaian dengan isu semasa yang berkaitan kata kunci yang hendak dihuraikan, bacakan dalil itu pada waktu anda menghuraikan isu semasa itu. Jika lebih sesuai dibacakan sewaktu anda membentangkan perisitiwa semasa, baca dalil ketika itu. Yang penting satu isi 1 dalil. Ingat hanya dalil naqli yang diterima; ingat lafaznyanya sahaja diberi markah bukan maknanya. Memadai 1 isi 1 dalil, sebab masa diperlukan untuk huraian isi yang lain.
vii. Buat rumusan keseluruhan berkaitan tajuk syarahan.
viii. Dan perkataan terakhir mesti salam seperti ungkapan wabillahittaufiq walhidayah wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
vix. Jangan ada apa-apa lagi perkataan keluar dari mulut anda selepas salam.
x. Seperkara lagi istilah Arab, ayat Quran dan perkataan-perkataan yang berkaitan Islam mesti disebut dalam lahjah arabiah (ikut sosok Arab, bukan susuk Melayu).
xi. Gaya mesti datang serentak atau kemudian daripada perkataan dan hanya gaya yang sederhana dan tepat dengan maksud diberi markah.

sumber: Blog GuruBashid

Thursday, February 18, 2010

Pantun budi

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi.

Baik bergalas baik tidak
Buli-buli bertali benang
Baik berbalas baik tidak
Asal budi sama dikenang.

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tiada berbudi

Wednesday, February 17, 2010

Apa yang dicari di internet?

Pengguna internet Pantai Timur gemar cari bahan seks

Oleh SALHAN K. AHMAD

Staronline

PETALING JAYA: Pengguna Internet di Kuantan dan Kota Baru paling suka mencari bahan-bahan berunsurkan seks berbanding bandar-bandar lain di negara ini, menurut data daripada sebuah enjin carian Internet.

Dua bandar ini berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.

Sementara Kota Baru hanya mengatasi Kuantan dalam carian perkataan "sex" (seks) atau "porn" (pornografi).

Sewaktu disemak oleh mStar Online hari ini, bandar ketiga yang paling suka mencari perkataan "bogel" ialah Alor Star, dan diikuti Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Untuk carian perkataan "Melayu bogel", Batu Pahat menduduki tempat ketiga dan diikuti bandar-bandar Johor Bahru, Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.

Selain Kuantan dan Kota Baru, "gambar bogel" diminati di Alor Star, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Perkataan "seks Melayu" pula turut digemari di Klang, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Kuantan dan Kota Baru masing-masing menguasai tangga kedua dan keempat untuk carian perkataan "cerita seks", sementara kedudukan-kedudukan lain dikuasai boleh bandar-bandar utama di Indonesia kecuali Batu Pahat di tempat kesembilan.

Data ini dikumpul oleh Google Trends, salah satu daripada aplikasi syarikat Internet terkemuka Google.com. Bagaimanapun syarikat ini memaklumkan enjin pengesan trend masih di peringkat pembinaan.

Ahli psikologi Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar melihat perkembangan ini sebagai suatu yang "biasa", lebih-lebih lagi di Kelantan yang mengamalkan dasar lebih konservatif dalam hal-hal sensitif seperti seksualiti.

"Kalau remaja yang cari, itu biasa kerana pada peringkat inilah mereka akil baligh dan mereka perlu mencari maklumat mengenai seksualiti untuk memahami perubahan yang berlaku ke atas diri mereka," katanya kepada mStar Online hari ini.

"Kalau dia tanya ibu bapa atau kawan-kawan, berapa banyak sangat dia boleh dapat? Dalam konteks Kelantan pula, ibu bapa tidak mengambil pendekatan terbuka apabila membincangkan soal seksualiti dengan anak-anak."

Sikap ibu bapa, menurutnya, telah membudaya di kalangan masyarakat negara ini yang menganggap seks sebagai perkara terlarang.

Dr Jas Laile menjelaskan, kesulitan sebegini akan mendorong golongan remaja untuk mendapatkan maklumat daripada media-media lain seperti video atau Internet.

"Mereka mencari maklumat ini sebab ingin tahu, tambahan pula ada halangan budaya dan penguatkuasaan," katanya, sebagai ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM, yang kelihatan tidak terkejut apabila diajukan soalan sedemikian.

Tambahnya, ada pengkaji berpendapat pencarian bahan-bahan seks di Internet itu boleh disalahgunakan sehingga mendorong kesan "ketagihan" apabila pelayar siber menghabiskan lebih 40 jam sebulan.

Namun, beliau mempertikaikan keputusan data-data di Google Trends kerana ia tidak memberikan gambaran yang lebih jelas, seperti tidak menggambarkan kumpulan umur pengguna Internet.

"Kita tidak boleh buat kesimpulan mudah kerana kalau satu perkara dalam kajian ini salah, habis semua salah," tegas Dr Jas Laile.

Google Trends di laman rasminya mengakui maklumat yang digambarkan oleh aplikasi enjin carian popular ini bukanlah kayu pengukur paling tepat kerana ia hanya menganalisis sebahagian daripada perkataan-perkataan yang dicari di Google.com.

Seorang penulis buku perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pula beranggapan kebanyakan pengguna Internet yang mencari kandungan bahan-bahan berunsur seks adalah pengguna baru.

Oon Yeoh berkata, pengguna baru cuba memastikan sejauh mana ruang siber boleh memberikan mereka bahan-bahan ini, berbeza dengan media-media jenis lain.

"Golongan ini sejak sekian lama mendapat maklumat yang telah ditapis melalui TV atau majalah. Bagi mereka, Internet adalah media yang baru dan mereka akan cuba menggunakannya dengan memasukkan kata kunci sebegini," katanya, yang pernah bertugas sebagai wartawan.

"Di kawasan bandar, masyarakatnya telah lama terdedah dengan Internet dan kandungan seperti ini tidak lagi mengasyikkan mereka. Kebanyakan mereka telah mula menggunakan Internet untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah."

Dan komen-komennya sekali

Koen-komen ini dapat dibaca di:http://blogs.warwick.ac.uk/ttengkuahmadtajudin/entry/chewah/
1.
encik kosong-kosong hampas kelapa

Oleh PELAJAR UK
SAYA merujuk surat pembaca bertajuk ‘Najmil Faiz, wira sebenar bangsa’ yang disiarkan Harakah dan Harakahdaily baru-baru ini.

Saya mengenali Najmil Faiz sejak bertahun-tahun lalu kerana tinggal berdekatan di Leeds, UK. Secara asasnya, saya menyokong sebarang anugerah kepada pelajar yang cemerlang, dengan syarat, biar dia benar-benar cemerlang.

Maksud saya, Najmil Faiz dicalonkan sebagai pelajar terbaik, cemerlang, gemilang sebab beliau adalah Naib Presiden Kelab Umno Leeds/Bradford! Ini yang membuatkan saya naik angin dengan Umno.

Saudara boleh search ‘google’ untuk melihat nama Najmil Faiz iaitu dalam laman web Kelab Umno UK.

Masa balik ke Malaysia ketika bercuti, beliau digandingkan dengan Amalina (yang dapat 18A di peringkat SPM). Amalina memang cemerlang dan patut menerima anugerah.

Maklumat yang saya kumpul:

1. Amalina adalah orang Kelantan (emaknya berasal dari KB) ayah tiri orang Johor, tapi hal ini tidak ‘dihighlight’ akhbar tempatan berbahasa Melayu.

2. Najmil Faiz ditabalkan oleh Kelab Umno Leeds/Bradford sebagai 'pelajar terbaik' semasa lawatan TPM Najib Tun Razak ke Manchester.

3. Najmil Faiz berasal dari Pasir Mas, Kelantan (emak Kelantan/ayah orang Perak) tetapi ini pun tidak ‘dihighlight’ langsung dalam akhbar berbahasa Melayu, hanya dikatakan dia berasal dari Perak.

4. Najmil Faiz hanya ‘present research proposal’ ketika ekspo pendidikan di London, bukan ‘research findings’. Semua ‘research proposal very promising’, tapi ‘findings’ macam mana? Itu belum boleh dijawab oleh beliau (belum ada sebarang penerbitan) tapi telah diiktiraf oleh Umno sebagai terbaik!

5. Najmil Faiz belum menerbitkan sebarang ‘research paper’ yang melayakkan dia untuk dapat PhD. Sila rujuk laman web Engineering School, Leeds Metropolitan University (guna google), boleh dapatkan alamat e-mel dia di laman web itu dan sahkah perkara ini.

6. Anugerah yang diberikan kepada Najmil Faiz 'Good Prospect Research' hanyalah bermaksud ‘research’ yang mempunyai ‘prospect’ untuk dijalankan. Anugerah ini tidak pernah didengari dalam bidang akademik. Sila ‘search’ dalam google, pasti tak jumpa. Atau sila tanya mana-mana ahli akademik, pasti tak ada seorang pun yang tahu.

Saya tak mempunyai sebarang permusuhan dengan Najmil Faiz tapi amat tak bersetuju apabila Umno pandai-pandai bagi 'anugerah' hanya semata-mata nak mengembirakan hati Najib.

Saya sebagai ahli akademik sangat membenci perkara ini kerana lambat laun ia akan merosakkan sistem pendidikan.

Saya sedia memberikan lebih banyak maklumat mengenai kegiatan Kelab Umno di UK yang banyak menyusahkan pelajar bahkan merosakkan sistem pendidikan negara.

03 Oct 2005, 10:47
2.
Miharbin bin Ali

The rules of the game:
If support UMNO then get free award
If UMNO gives an award then the student will be the best

03 Jan 2006, 09:37
3.
me

Well, I have to say this.
Ramai je yang ada PhD as young as 25, cuma yelah, tak seglamorous mcm org lain cos we didn't get 15A1 yada yada yada
Inshaallah, i myself akan habis by end of this year and I am 24 now.

30 Mar 2006, 16:02
4.
JUARA

Sebiji Guli Dalam Tin Sardin

Apabila terbaca beberapa artikel blog ini saya terpanggil untuk memberi pendapat tentang surat pembaca bertajuk ‘Najmil Faiz, wira sebenar bangsa’.

Pertamanya, saya berpendapat bahawa memberi hadiah atau anugerah kepada seseorang yang telah berbakti dan berjasa terhadap sesuatu badan atau komuniti adalah amat digalakan dan merupakan suatu amalan yang baik terutamanya apabila ia bertujuan untuk menggalakan orang lain melakukan kejayaan atau bakti yang serupa. Tetapi anugerah cemerlang adalah satu anugerah yang bebeza dan ia perlu melalui satu siri penilaian yang amat berhati–hati. Setiap calon yang dinamakan perlu dinilai secara adil dan mestilah mengikut kriteria–kriteria yang ditentukan lebih awal.

Dalam kes Najmil dan Najib ini kedua–dua mereka terperangkap dalam satu aturcara yang diprogramkan oleh amatur yang tidak berpengalaman. Mereka hanya penyampai dan penerima anugerah. Orang yang bertanggungjawab ialah panel pemilihan. Siapakah mereka? Adakah mereka layak membuat penilaian? Apakah kriteria–kriteria pemilihan? Adakah proses pencalonan di war–warkan kepada semua? Semua ini adalah perkara yang perlu diketahui sebelum pemilihan dibuat, lebih–lebih lagi apabila melibatkan anugerah yang besar dalam bidang akademik. Anugerah yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Saya percaya ramai lagi pelajar Malaysia yang lain menerima anugerah tertentu dalam persidangan akademik yang mereka sertai tetapi tidak mendapat anugerah seperti yang Najmil dapat. Saya bersimpati kepada mereka malah lebih lagi kepada Najmil kerana terpaksa menempuh semua kritikan disebalik anugerah tersebut. Namun begitu saya masih kagum dengan rakyat Malaysia kerana ramai lagi yang masih celik untuk membuat penilaian biarpun yang lain berkata siapa kita untuk menilai mereka.

14 Jun 2006, 11:52
5.
nurliani bt abd aziz

Bagi saya tentang anugerah yang diterima Najmil tidak perlu menjadi persoalan.Entah mengapa ramai yang tidak berpuas hati dengan anugerah kecemerlangan yang diterima oleh Najmil.Tapi apa yang paling boleh dibanggakan tentang anak muda ini adalah usaha,semangat dan azam yang sangat kuat yang amat mempengaruhi orang lain seperti saya yang mula mencontohi usahanya yang benar-benar meesap dan sebagi inspirasi kepada saya.Harap tidak ada lagi orang yang mengutu Najmil yang selama ini begitu tekun dan bersusah payah bukan saja untu dirinya tapi untu negara juga.

10 Dec 2006, 07:16
6.
Azrin Anas

Mungkin apa yang hendak saya cakapkan ini banyak berpihak pada saudara Najmil tetapi saya tidak pula menghentam mana-mana pihak yang ingin memberikan hujah atau pendapat mereka sendiri. Saya sangatlah bersetuju dengan saudari Nurliani tentang komen atau pandangan beliau pada saudara Najmil Faiz. Bagi saya setiap orang memang layak untuk menerima sebarang jenis anugerah dan tidak perlulah kita persoalkan anugerah yang telah diterima oleh orang itu. Cemerlang atau betul-betul cemerlang adalah satu yang subjektif. Kalau kita hendak mencari setiap budak yang pandai di Malaysia, saya tidak nafikan memang terlalu ramai. Mereka juga mungkin dikalangan orang-orang yang telah menerima anugerah malah lebih cemerlang dari Najmil. Macam saudara Najmil, anugerah yang diterima inilah yang akan membakar semangat beliau untuk terus megekalkan kejayaan beliau. Mungkin kita pernah dengar pepatah ini “Hendak Berjaya memang mudah tetapi untuk mengekalkan kejayaan itu amatlah payah.” Bila kita renungkan seorang budak berpangat 3 semasa di sekolah menegah dulu adakah mereka sedar untuk bangkit semula dari kegagalan? Saya tidaklah mengatakan yang tidak ada sama sekali memang ada. Tapi berapa ramaikah bilangannya? Adakah mereka betul-betul sedar? atau seperti melepaskan batuk di tangga? Cuba kita fikirkan. Jadi kenapa kita perlu menghentam orang lain seperti Najmil? Beliau sedar dari kegagalan beliau dahulu. Beliau cuba bangkit dari kegagalan beliau sehinggalah beliau dapat mengharumkan nama negara dengan kajian-kajian beliau. Haruskan beliau menerima anugerah ini?. Kalau ditanya pendapat saya, memang la harus. Kita patut berbangga dengan kejayaan anak melayu sekarang dan mendoakan agar lebih ramai yang lain akan menjadi seperti beliau. Jadi, jangan bercakap pasal orang lain kalau diri kita sendiri pon tidak betul. Ambil contoh dari saudara Najmil, lakukan setiap tugasan dengan bersungguh-sungguh nescaya satu hari nanti kita juga akan menerima anugerah dan mungkin anugerah yang kita terima lebih baik dari apa yang saudara Najmil terima. Akhir kata sambut cabaran saya untuk membuktikan yang kita juga boleh menjadi seperti beliau malah mungkin lebih baik lagi. Seperti apa yang telah dilaungkan oleh PM kita supaya menjadi seorang yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Wasalam.

09 Jan 2007, 06:40
7.
joe pg

apsal budak kelantan Siti Fatimah Mukhtar, 18 tak diisytihar sebagai pelajar terbaik SPM tahun ni? Adakah kerana

- dia org Kelantan & bersekolah di sekolah kerajaan negeri(baca PAS)?
- cara study dia dengan menghafaz juga al quran tak match dengan Nur Amalina yg study sambil menonton AF3?
- pakaiannya(tudung bulat) islamik berbanding Amalina(tudung beropol lagi..)

Moga anugerah yg diterima Faiz adalah berdasarkan pencapaian akademik semata2 & bukan kerana dia ahli/berjawatan dalam Kelab Umno

bacaan tambahan
http://abechik.wordpress.com/2007/03/16/kementerian-seperti-tidak-iktiraf-kejayaan-pelajar-yik/

11 Apr 2007, 01:31
8.
fathi haron

Najmil Faiz yang pernah mengaku sebagai pelajar terbaik PhD di UK telah gagal dalam pengajiannya dan kini berkerja sebagai tukang sapu di UK. Laporan Kelab UMNO Luar Negara, London.

20 Jun 2007, 04:51
9.
Tengku Tengku Ahmad Tajudin

Ehh…jgnlah nak salahkan Najmil Faiz ke saper ke….kalau dia fail ke apa ke….korang yg sibuk sgt tak puas hati tu ada ke nak tolong dia ke apa ke?
...
aku yg tulis artikel tu tujuan asalnya sebab aku bangga giler ngan member aku husband & wife tu….aku pun takdelah nak berlagak ke apa ke….and aku skang ni pun macam tak lepas je PhD…masa tulis artikel tu memang berkobar-kobar, tapi liku-liku dan dugaan yg aku lalui, hanya aku, suami aku dan Allah je yang tahu….aku gagal sekarang, tapi InsyaAllah, kepayahan dan kesusahan yg aku lalui ni, aku akan tempuhi jugak, dan satu hari, kalau bukan pun sekarang, aku memang nak dapat PhD…

Yang kau Fathi Haron…dahlah, kenapa nak cakap Najmil Faiz tu tukang sapu?Apa salah ke jadi tukang sapu?Buat apa nak kecoh2 kat blog aku dia tukang sapu?Kau tu bagus sgt ke?

21 Jun 2007, 19:25
10.
fathi haron

Yb Tengku, saya tak salahkan sesiapa.. saya bangga bila ada orang berjaya. Yang saya sebutkan ialah cerita ‘indah kabar dari rupa’. Khabarnya pelajar terbaik asia tenggara – macam mana boleh failed?
Kerja tukang sapu pun ok sebab halal, lain la kalau ada orang kerja jadi pencuri yang menyusahkan orang ramai. Saya sokong dia kerja sebagai tukang sapu sebab halal.
Belajar peringkat mana sekalipun, kena hati hati sebab pengakuan di akhbar atau self-claim memang tak ada guna bila tak dapat sijil dari universiti.
Mungkin beliau boleh beli sijil fake di negara eropah untuk ditunjuk kepada rakyat malaysia :)

25 Jun 2007, 06:23
11.
Tengku

Saya sokong apa yang telah Najmil Faiz lakukan. Bukan senang seorang yang dapat Gred 3 dalam SPM untuk bangkit. Saya salah seorang yang dapat Gred 3 juga. Akhirnya saya dapat Ph.D dari sebuah universiti di Australia pada usia 29 tahun. Kini saya ada perniagaan sendiri dan boleh dikatakan berjaya dalam bidang yang saya ceburi.

06 Sep 2007, 23:01

Najmil dari KB atau Ipoh?

oleh ZIEMAN
Nama pengarang muda Najmil Faiz Mohamed Aris tiba-tiba meniti di bibir mereka yang mengikuti Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Bukan sahaja kerana buku Najmil bertajuk ‘Meniti Puncak Antara Realiti & Fantasi’ dalam versi Bahasa dan Inggeris laris diedarkan secara percuma tapi reputasi anak muda yang terbilang pencapaian akademiknya turut menarik minat ramai orang mengetahui latar belakangnya.

Pertemuan yang diaturkan oleh Shariff Hamid, Setiausaha II Pentadbiran, Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara memberi ruang bagi mengenali anak muda yang kini dipenghujung jalan mencapai Ijazah Kedoktoran Falsafah (Ph.D) dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang melibatkan aplikasi teknologi nano.
Najmil merupakan pelajar Malaysia pertama diberi kesempatan untuk membentang hasil kajian di dalam bidang nano teknologi di dalam House of Common, Parlimen British di Westminster Abbey di London, atas jemputan khas Dr Brian Iddon, Menteri Perdagangan Britain pada tahun 2005.

Penglibatan Najmil sebagai anak Melayu di dalam bidang yang bakal memberi ledakan kepada perkembangan pembangunan di negara Malaysia sesungguhnya amat membanggakan.

Najmil dalam peringkat terakhir menyiapkan tesis tiga tahun pengajian PhDnya bertajuk ‘Surface Functionality: Modelling, Simulation, Optimization and Control’pada bulan Februari depan.

Pencapaian akademik Najmil yang memberangsangkan telah mendorong pemberian Anugerah Pencapaian Akademik Terbilang oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Badawi baru-baru ini.

Pada tahun ini juga, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak telah memilih Najmil untuk Anugerah Pencapaian Akademik Gemilang di Manchester, United Kingdom. Najmil juga telah mendapat Anugerah Personaliti Bitara kelab UMNO Luar Negara.

Perjalanan hidup Najmil ke arah mencapai kecemerlangan akademik perlu dijadikan inspirasi bagi generasi muda.

Terdapat banyak catatan duka di dalam buku yang dihasilkannya. Walau meleret senyuman dibibir Najmil ketika diwawancara, terlepas juga secalit duka di wajahnya apabila menceritakan perjalanan awal hidupnya mencari ilmu di rantau orang.
Kegagalan adalah kaunselor yang terbaik
Najmil yang berpegang kepada peribahasa Cina, "Menyimpang seinci rugi seribu tahun" tidak pernah menangisi kegagalan yang pernah dihadapinya.

"Kegagalan adalah pembakar semangat saya selama ini. Saya menganggap sesebuah kegagalan itu sebagai kaunselor. Hal ini membuat saya sentiasa berfikir...kemanakah hala yang harus saya tuju?," ujar anak muda yang berusia 26 tahun ini.

Berkat kesabaran dan kecekalan menempuh segala rintangan dan menghadapi sebarang kemungkinan, Najmil bangun dan menebus kegagalan setelah mendapat Gred 3 dalam peperiksaan SPM.

"Ketika berada di persimpangan hidup samada untuk meneruskan pelajaran atau mencari kerja, saya mula mengatur strategi dan menyusun langkah seterusnya untuk menyambung pelajaran saya," ujar Najmil yang banyak meminta bantuan abang sulungnya yang ketika itu sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

Sementara menunggu keputusan dari beberapa kolej swasta, Najmil membuat keputusan untuk bekerja sambilan di Kuala Lumpur. Namun kedua ibu bapanya hanya membenarkan Najmil bekerja sebagai pembantu pam stesen minyak di Pasir Mas berhampiran rumah mereka.

Akibat disindir dan diperli rakan-rakan, Najmi terus membulatkan azam untuk menaikkan taraf akademiknya. Kepedihan awal disindir rakan wanita membuat Najmil tidak toleh ke belakang lagi.
'Gagal' lagi

Najmil memohon masuk ke sebuah Institut Pelajaran Tinggi Swasta (IPTS) untuk mengikuti kursus Diploma Kebangsaan Tinggi (HND) dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah kolej swasta LNG Twintech di Bandar Damansara. Kursus ini adalah gabungan dengan DeMonfort University, Leicester, United Kingdom.

Untuk melanjutkan pelajarannya, pemuda yang berjiwa cekal ini memohon pinjaman pelajaran daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Walaupun berjaya mendapat diploma selepas dua tahun, keputusan purata nilaian gred keseluruhan (CGPA) yang hanya mencecah 2.2 mata cukup mengecewakannya.

"Saya cuma pelajar yang sederhana pintarnya tetapi saya tidak pernah putus asa. Saya mempunyai impian yang tinggi," jelas Najmil.

Najmil mengaku ‘gagal’ dua kali dalam akademik di awal pendidikannya di Malaysia.

"Bagi saya keputusan saya gagal kerana tidak diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam negara. Saya perlu bekerja keras dan melalui jalan sukar untuk masuk ke Leeds Metropolitan University (LMU) dan saya berjaya melakukannya," ujar Najmil yang percaya kepada moto ‘jika orang lain boleh, saya juga tentu boleh’.

Dan keazaman ini hanya permulaan bagi satu perjalanan yang masih jauh.
Bekerja untuk mengumpul wang
Selain dari mengumpulkan wang dari pendapatan bekerja di sebuah syarikat antarabangsa Epson dan pinjaman bank yang dijamin oleh bapa, Najmil akhirnya berjaya melangsaikan membayar yuran LMU sekitar 7, 000 paun sterling.
Dengan wang baki sebanyak 300 paun sterling di dalam poket serta panduan yang diberikan oleh abang, Najmil memulakan langkah ke United Kingdom dan berjaya menjejakkan kaki ke universiti LMU, membayar yuran pendaftaran dan memulakan pencarian untuk menyelesaikan masalah kewangan seterusnya dengan mencari kerja sambilan.
"Semuanya telah saya lakukan dari bekerja sebagai porter, mencuci pinggan, penjaga stor sehinggalah mencuci pejabat, tandas dan pelbagai lagi," jelas Najmil yang terpaksa mengikat perut dan hidup dengan susu, roti dan air sejuk sahaja untuk menampung kehidupan di rantau orang.
Pada mulanya dia terpaksa pakai baju dan seluar berlapis-lapis kerana tidak mampu untuk membeli pakaian musim dingin. Dan bila ada duit baki barulah dia membeli pakaian terpakai. Najmil terpaksa bekerja tiga syif secara sambilan setiap hari bagi menampung pengajian dan perbelanjaan hariannya di universiti.
Hidupnya banyak dihabiskan di perpusatakaan sehinggakan tempat itu bagaikan rumah kedua untuk Najmil.
Setelah bekerja keras selama dua tahun tanpa rehat secukupnya, Najmil akhirnya berjaya dengan cemerlang dan mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kelas Kedua Atas dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan.
Penyelia dan juga mentor Najmil, Profesor Dr Kai Cheng telah mencadangkan supaya Najmil meneruskan pengajian ke peringkat Ph.D dan mengesyorkan dia membuat kajian yang berasaskan industri pembuatan.
Berdasarkan keputusannya yang cemerlang, Najmil berjaya mendapat biasiswa Kolej Universiti Institut Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO) di bawah skim pengajar muda.
Hari paling bersejarah

Detik yang paling manis buat Najmil ialah pada 14 Mac 2005, apabila dia melangkah masuk ke Dewan Persidangan Parlimen British (House of Common) dan diperkenalkan kepada para hadirin oleh Menteri Industri Britain untuk membentang hasil kajian di dalam bidang nano teknologi.

Siapa sangka budak kampung dari Pasir Mas yang pernah terkandas dalam pelajaran boleh berdiri membentangkan kertas kajian di hadapan VIP dan saintis yang rata-rata berbangsa Inggeris dan bercakap tentang kajian yang baru selepas internet.
"Saya berasa amat bertuah dan bersyukur kerana telah mencatat kejayaan yang tidak pernah termimpikan kerana saya sedar saya bukan tergolong dalam kumpulan manusia bertuah yang berpeluang meneruskan pelajaran menerusi Unit Pusat Universiti (UPU)," jelas pemuda yang suka merendah diri ini.
Kegembiraan Najmil bertambah apabila Timbalan Perdana Menteri tiba sehari sebelum taklimatnya dan menyampaikan hadiah istimewa iaitu Anugerah Pencapaian Akademik Gemilang di Manchester, United Kingdom.
Taklimat Najmil tentang "Teknologi nano dalam Kejituan Kejuruteraan" telah membuka mata ramai syarikat besar dan istitut penyelidikan untuk menawarkan pekerjaan kepadanya termasuklah kumpulan penyelidik dari Switzerland dan beberapa makmal yang berpangakalan di UK.
"Malaysia tempat tumpah darah saya, tempat yang paling saya cintai. Saya tidak mungkin membelakangkan keperluan negara saya sendiri," kata anak kedua dari enam orang adik beradik ini.
Kini Najmil di penghujung jalan mencapai Ijazah Kedoktoran Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang paling diminatinya iaitu kejuruteraan mekanikal yang melibatkan aplikasi teknologi nano, satu bidang yang berkaitan dengan masa depan manusia.
"Kebetulan pula, bidang penyelidikan nano yang sedang saya usahakan ini merupakan perkara baru dalam dunia teknologi yang bakal mewarnakan kehidupan manusia.
"Teknolgi ini mungkin masih belum diketahui sepenuhnya di rantau ini tetapi bakal hadir dalam setiap sudut kehidupan manusia baik dari sudut teknologi, automatif, perubatan, seni bina, farmasi, mekanikal atau bioteknolgi," jelas Najmil.
Menurut Najmil, selepas internet, teknologi nano inilah yang bakal merobah gaya hidup manusia dalam masa yang terdekat ini. Di Eropah dan Amerika Syarikat, teknologi ini sebenarnya sudah dijadikan asas dalam pelbagai aspek.
"Teknologi ini dikenal pasti penting kepada manusia kerana dapat menjimatkan trillion dollar dan memberikan keuntungan berganda kepada pengusahanya," katanya lagi.
Buku yang berbentuk motivasi
Buku yang berbentuk autobiografi dan motivasi bertajuk "Meniti Puncak Antara Realiti & Fantasi" ini menyingkap berbagai pengalaman menarik Najmil dari muda sehingga kini.

"Buku ini adalah catatan peribadi saya tentang peningkatan dan pencapaian akademik serta nasihat motivasi. Ramai orang telah membantu saya menerbitkan buku ini seperti profesor, pensyarah dan rakan universiti saya.

"Saya juga amat terhutang budi kepada Pengerusi kelab UMNO Luar Negara Dato’ Mohd Shafie Haji Apdal Bakat yang banyak memberi nasihat dan dorongan kepada saya," katanya lagi.

Bagi Najmil yang tidak pernah kenal erti putus asa, apa saja yang hendak kita lakukan hendaklah dimulakan dengan satu iltizam.

"Dan jangan biarkan sesiapa memperkecilkan anda...," katanya dan terus memberi contoh, kata-kata penulis terkenal Mark Twain.

"Jauhi orang yang memperkecilkan cita-cita anda. Hanya orang yang berjiwa kecil bersikap demikian tetapi orang yang hebat akan membuat anda rasa bahawa anda juga boleh menjadi hebat."

Najmil - Agenda daily

Najmil Faiz pelajar cemerlang Malaysia di UK

Dari R.Ghazali,Manchester

Najmil Faiz Mohd Aris, 25, (kiri) dipilih sebagai pelajar cemerlang Malaysia kerana penyelidikannya dalam bidang teknologi nano mendapat perhatian kerajaan Britain.

Najmil yang kini sedang menuntut di Leed Metropolitan University dalam pengajian Doktor Falsafah menjadi perhatian kerajaan Britain kerana penyelidikannya akan memberi sumbangan besar kepada sains dan teknologi.

Najmil telah dijemput ke Parliamen UK (House of Commons) untuk membentangkan hasil kajiannya berkenaan kawalan geseran ke atas sesuatu permukaan yang dilihat akan banyak membantu bidang perubatan khususnya penciptaan tulang palsu bagi membantu kes-kes kritikal.

Menurut Najmil hasil kajiannya juga boleh diaplikasikan kepada logam dalam teknologi kejuruteraan mekanikal.

Kejayaan Najmil menjadi kebanggaan Malaysia khususnya pelajar-pelajar Malaysia di UK.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyampaikan sijil Anugerah Pelajar Cemerlang Malaysia di UK kepada Najmil pagi Ahad di University of Manchester sempena Karnival Malaysia UK.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di UK dan Eire, Dr Syed Raisudin Syed Abdullah (gambar atas kanan) turut menyatakan kebanggaan beliau terhadap kejayaan Najmil.

“Najmil dalam usianya yang masih muda adalah contoh personaliti yang cemerlang kepada generasi muda Malaysia dalam konteks pembangunan sahsiah dan personaliti yang menjadi elemen penting dalam kejayaan akademik,” kata Dr Syed Raisudin.

“Najmil adalah hasil kejayaan sistem pendidikan Malaysia yang berkesan. Walaupun sistem pendidikan Malaysia diasaskan daripada sistem British yang kemudiannya kita improvisasikan mengikut acuan dan keperluan negara, namun kita amat bersyukur dan bangga kerana hari ini sistem pendidikan itu berjaya melahirkan golongan pelajar yang berdaya saing dan sanggup berdepan dengan cabaran.

“Berbanding dengan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara mahupun di kalangan Dunia Ketiga, sistem pendidikan Malaysia amat konsisten dalam konteks keberkesanannya melahirkan generasi berilmu.

“Kemiskinan bukan lagi pembolehubah yang menghalang kejayaan rakyat Malaysia untuk berjaya dalam bidang akademik. Kerajaan sentiasa membantu untuk melahirkan golongan cendekiawan Malaysia khususnya dalam bidang teknologi tinggi,” kata Dr Syed Raisudin yang menyokong pandangan Datuk Seri Najib dengan merujuk kepada ramai cendekiawan Malaysia yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

Meniti Puncak Antara Realiti dan Fantasi - Najmil Faiz Mohamed Aris


Kegagalan suntik semangat

Oleh ADHAM SHADAN

ZAMAN remaja Najmil penuh dengan kenakalan

NAMANYA mula menjadi sebutan pada awal tahun 2005 yang lalu. Najmil Faiz Mohamed Aris membuatkan rakyat negara ini tersenyum bangga apabila menjadi anak Malaysia pertama diberi penghormatan membentangkan tesisnya di Parlimen Britain. Bukan hanya nama negara dijulang, bahkan kajiannya itu berjaya membuatkan Britain membuka mata tentang kebolehan anak watan negara ini.

Para hadirin yang terdiri daripada tetamu terhormat dan saintis di House of Common, London tertarik dengan pembentangan selama 15 minitnya itu. Mungkin tarikan itu datang daripada saiz tubuh yang lebih kecil, tapi hakikatnya, idea penyelidikan anak muda ini begitu mempesona. Kajiannya mengenai teknologi nano dalam kejituan kejuruteraan mendapat pujian Menteri Perindustrian Britain, Dr. Brian Iddon dan dinobatkan sebagai Prospek Terbaik untuk industri pembuatan.

NAJMIL FAIZ

Hebat sekali pencapaiannya. Terpilih sebagai seorang pelajar Asia paling cemerlang, mungkin ramai yang beranggapan dia sememangnya lahir sebagai insan terbilang. Benarkah begitu?

Dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan dalam keluarga sederhana, dia merupakan pelajar sekolah yang nakal di sekolah dan pernah memakai tali rapia pada kasut sekolah. Lebih teruk daripada itu, dia turut terjerumus ke dalam kancah mat rempit jalanan.

Kerana sikapnya yang nakal dan culas, akibatnya, dia memperoleh pangkat 3 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dilabel ramai sebagai satu kegagalan.

“Kegagalan itu menjadi kaunselor hidup saya. ‘Dia’ membantu saya bangkit dan sentiasa di sisi untuk ‘memukul’ saya bagi meneruskan perjuangan,” katanya ketika dihubungi KOSMO! baru-baru ini. Najmil, 28, kini menuntut di Brunel London University dalam pengajian ijazah doktor falsafah. Selain telefon, emel juga menjadi penghubung di antara penulis dan Najmil bagi menyediakan bahan artikel ini.

Menyorot zaman ‘nakalnya’ dahulu, Najmil berkata, sejak di sekolah rendah lagi, dia minat bertukang dan mengubah suai basikal. Keadaan tersebut berlarutan ketika di peringkat sekolah menengah.

“Nama pun budak sekolah vokasional. Kalau dulu basikal... kini motosikal menjadi sasaran saya. Sikit sebanyak ilmu automotif yang diterima oleh saya dan kawan-kawan di sekolah telah dicampur dengan kreativiti sendiri untuk memperbaharui prestasi motor.

“Namun, kebolehan yang ada disalah guna dengan menguji hasilnya di jalan raya tanpa menghiraukan keselamatan diri. Inilah masa untuk menguji sejauh mana lajunya motor kita dengan motor orang lain. Saya pernah terlibat dengan kemalangan tetapi tidaklah cedera teruk,” katanya.

Selepas ‘terkandas’ dalam peperiksaan SPM, dia bekerja sebagai pembantu pam minyak berhampiran rumah. Ejekan dan sindiran sinis daripada kawan-kawan serta ada yang ‘buat-buat seperti tidak mengenalinya’ membuatkan dia berasa perit dengan kegagalan. Dia mula sedar untuk menjadi lebih baik dan bertekad untuk ‘berhijrah’ menjadi insan berjaya.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang mengejek saya gagal kerana ungkapan itu tidak melemahkan saya malah membakar semangat saya untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti hari ini,” ujarnya.

Perjalanan untuk bangkit tidaklah semudah itu. Dia kemudian memohon masuk ke sebuah institut pengajian tinggi swasta di Damansara, Kuala Lumpur dalam pengajian berkembar luar negara bagi kejuruteraan mekanikal. Bagaimanapun, keputusannya tidak memuaskan sekali gus memadam hasratnya untuk mendapatkan tajaan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Namun, dia tidak berputus asa. Dia memilih jalan sukar untuk masuk ke Leeds Metropolitan University, Britain. Dia berusaha mengumpul wang sebanyak yang termampu dengan bekerja di sebuah syarikat antarabangsa di Damansara. Berbekalkan duit gaji itu serta pinjaman bank yang dijamin oleh bapanya yang berpendapatan sederhana, cita-citanya untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut tercapai.

“Di sana, saya bekerja keras untuk hidup. Wang perlu dicari sendiri untuk membayar yuran universiti, sewa rumah, buku dan sebagainya. Saya bekerja dan dalam masa yang sama, tekun belajar. Hanya belajar dan bekerja menjadi rutin harian hidup saya. Tidak ada masa untuk berehat, melepak atau berhibur.

“Macam-macam kerja saya buat. Mengangkut barang, mencuci bangunan dan longkang serta membersihkan stadium. Kadang-kadang sampai tiga kerja sehari. Saya lihat, pelajar yang mendapat tajaan pun terpaksa bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan. Bermakna saya yang datang tanpa tajaan perlu bekerja lebih kuat lagi!

“Tetapi, saya tidak pernah ‘tuang’ kelas. Rasa takut pada kegagalan adalah penawar kepada keletihan. Perpustakaan menjadi rumah kedua saya dan saya ‘membesar’ di perpustakaan universiti sehingga dikenali oleh semua kakitangannya,” ujarnya.

MENERIMA Anugerah Terbilang daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di PWTC, Kuala Lumpur pada tahun 2005.

Akhirnya, berkat kesungguhannya, dia berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan pembuatan dengan cemerlang dan penyelianya mencadangkannya untuk meneruskan pengajian ke peringkat doktor falsafah.

Belajar daripada kegagalan, Najmil berkata kegagalan dalam liku-liku perjalanan hidup adalah untuk mematangkan diri seseorang.

“Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Prinsip hidup saya adalah selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Jika orang lain boleh melakukannya, kita juga pasti boleh melakukanya,” tuturnya.

Dia sememangnya menanam cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke luar negara kerana melihat keperluan berhijrah ke tempat lain.

“Ia untuk mengeluarkan diri kita dari zon selesa yang menyebabkan kita kurang sifat cekal. Apabila kita berada di tempat orang, kita terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran seperti budaya, bahasa pertuturan dan layanan yang berbeza. Semua ini akan menguatkan semangat dan membuatkan kita berfikir lebih matang dan pantas,” ujarnya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Isteri dan anaknya menemaninya di London.

Bersama keluarga tercinta di London

Mengenai perkembangan terbaru, katanya, dia telah dilamar oleh beberapa syarikat swasta di negara-negara Eropah untuk bekerja dalam pelbagai industri yang berkaitan serta meneruskan kajian dalam bidang kejuruteraan pembuatan.

“Tetapi, saya rasa, saya mahu pulang ke tanah air dan berbakti. Apa yang pasti, tawaran yang diperoleh menunjukkan bahawa Eropah benar-benar mengiktiraf hasil kerja saya.

“Bisikan peringatan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menerima Anugerah terbilang di Kuala Lumpur dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menerima Anugerah Gemilang di Manchester sentiasa bermain di minda agar terus memartabatkan agama, bangsa dan negara,” ujarnya.

Ditanya apakah pesanannya kepada remaja Malaysia, dia menasihati remaja supaya memikirkan kesan pada masa depan sebelum melakukan sesuatu perkara.

“Mereka perlu mula dari sekarang untuk merancang rangka perjalanan bagi menjayakan cita-cita. Jika mereka tahu mengatur hala tuju dan cita-cita, maka mereka akan sedar bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk dibuai dengan perkara yang tidak berfaedah,” ujarnya.

Ingin tulis buku lagi

SETELAH tampil dengan buku Meniti Puncak Antara Realiti & Fantasi dan versi Inggeris, Towards Greater Height pada tahun lalu, Najmil Faiz Mohamed Aris menyatakan kepada KOSMO! hasratnya untuk terus menulis buku.

“Saya masih ingin menulis buku. Sekarang pun, saya sedang menulis dan sudah menyiapkan satu buku panduan untuk belajar dan bekerja di luar negara. Saya juga sedang mengumpul pengalaman orang-orang Melayu yang berjaya di United Kingdom untuk dikongsi bersama,” ujarnya.

BERSAMA buku pertamanya.

Dia amat berterima kasih kepada penaja bukunya iaitu Puncak Niaga, Kementerian Penerangan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Katanya, sebanyak 150,000 naskhah telah dicetak dan diedarkan secara percuma di seluruh negara. Pada masa sekarang, masih ada permintaan untuk dicetak semula sebanyak 50,000 naskhah.

“Saya berharap buku yang telah dan akan diterbitkan dapat memimpin dan membimbing pelajar sekali gus menyuntik semangat mereka agar berusaha keras untuk berjaya,” katanya yang gembira untuk turun padang melakukan siri motivasi bagi membimbing dan menyuntik semangat generasi muda untuk berusaha memartabat nama Malaysia di mata dunia.

Ditanya apakah matlamatnya yang masih belum tercapai, dia yang selayaknya diangkat menjadi idola remaja berkata, masih banyak lagi impiannya yang belum terlaksana.

“Saya ingin kormersialkan hasil-hasil penyelidikan yang boleh menyumbang dan membangunkan ekonomi negara,” ujarnya yang juga ingin menubuhkan kelab peminat bagi membolehkan mereka mengikuti perkembangan dan melakukan program bersamanya.

- Harian Metro

Lagu Tiga Kupang

ajak Kuala Lumpur Lagu Tiga Kupang oleh Wan Mohamad (pernah dibacakan oleh Pyanhabib) boleh memberi gambaran kepada kita bagaimana otak yang terbiar tidak digunakan.


Kuala Lumpur ada masjid negara
Ada juga beer garden di udara
lelaki di sini mesti diajar
diajar pakai kain
atau skirt dan bra
para perempuan diajar
tidak pakai apa-apa
kerana telah lama training
mudah membuka mudah terbuka
Kuala Lumpur ada tugu negara
Ada pula bekas tentera jadi peminta
inilah wilayah
six million dollar monkey
petah berkata-kata
ikut tempat dan situasi
agama dan pembangunan rohani
rakyat dan penderitaan
negara dan kemajuan
masa depan dan pengorbanan
orang miskin diminta menyimpan
Taman bunga ada panggung annivesari
Saban minggu, saban minggu penuh muka Melayu
Merehatkan fikiran, merehatkan fikiran
Yang sangat jarang digunakan
di sini ada kilang-kilang istimewa
mengeluarkan kertas-kertas dipanggil degree

Sajak ini adalah gambaran sinis terhadap kegersangan minda yang dibiarkan tanpa dibangunkan potensinya. Bayangkan betapa banyak masa dan tenaga serta wang ringgit yang dihabiskan jika pengajian di universiti hanya melahirkan manusia-manusia yang mementingkan ijazah tanpa dapat diguna pakai kemahiran mereka.

sumber://zahirzainudin.blogspot.com
….

Nama jepun

My Japanese name is Chikuma Igarashi.
Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Monday, February 15, 2010

Pegawai Pelajaran Mesti Lawat Sekolah

ARKIB : 11/02/2010
Pegawai pelajaran perlu kerap lawat sekolah

TAWAU 10 Feb. - Pegawai pelajaran digesa mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah di daerah ini setiap bulan bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh semua sekolah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, lawatan yang lebih kerap adalah penting dalam usaha mempercepatkan pembangunan pendidikan di negeri ini yang masih ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

"Saya terima banyak aduan mengenai masalah sekolah seperti bangunan sekolah yang memerlukan pembaikan, pusat sumber kurang lengkap dan bilik darjah yang tidak selesa.

"Jadi, saya gesa pegawai-pegawai pelajaran untuk turun padang melawat sekolah di kawasan masing-masing dua atau tiga kali sebulan bagi melihat sendiri keadaan sekolah yang memerlukan bantuan segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat kecemerlangan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Balung dekat sini hari ini.

Turut hadir Guru Besar SK Balung, Nasir Nusu dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Balung, Maxy Self.

Menurut Syed Abas, pegawai pelajaran perlu meninjau keadaan sekolah dan tidak hanya mengharapkan laporan daripada orang bawahan semata-mata.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan segala peruntukan yang disediakan dapat digunakan sebaik mungkin bagi meningkatkan pembangunan pendidikan di negeri ini.

"Kita tidak mahu keadaan sekolah kurang selesa menyebabkan pelajar sukar memberikan tumpuan kepada pelajaran dan guru pula menghadapi masalah untuk mengajar dengan berkesan," katanya.

Sementara itu, Syed Abas berkata, ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dengan meletakkan pendidikan anak-anak sebagai keutamaan mengatasi perkara remeh lain.

Ujarnya, faktor kemiskinan tidak harus dijadikan alasan oleh ibu bapa untuk mengabaikan pelajaran anak-anak mereka.

"Pendidikan sahaja yang dapat mengubah nasib anak-anak, jadi ibu bapa harus berkorban tenaga dan masa dengan mengutamakan pendidikan anak-anak.

"Malah, terdapat banyak bantuan yang disediakan kerajaan dapat membantu meringankan beban ibu bapa memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak mereka," katanya.

Kurikulum Baru BI

BESUT 13 Feb. - Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan kurikulum baru Bahasa Inggeris dalam usaha memantap dan memperkasakan pembelajaran dan pengajaran bahasa itu di semua sekolah seluruh negara mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, pihaknya telah menyiapkan kurikulum baru itu dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk dari segi penggunaan Bahasa Inggeris British bagi memastikan impian menjadi suatu realiti.

Katanya, langkah itu sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran yang mahu memastikan semua pelajar di negara ini mampu menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa selain Bahasa Melayu.

'' Kurikulum baru itu amat menarik dan memenuhi cita rasa pelajar apabila diperkenalkan bagi membolehkan mereka mampu berkomunikasi dan menggunakan bahasa antarabangsa itu secara meluas.

''Ia akan diguna pakai tahun depan untuk murid tahun satu dengan konsep yang digunakan lebih kepada pembelajaran secara interaktif (fun learning) seperti penggunaan seni bahasa (Language Arts), tata bahasa, penggunaan sebutan dan pertuturan secara betul," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyatakan demikian selepas merasmikan Program Juara Rakyat Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Gong Kemuntong,Jerteh dekat sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Ahmad Said, Pengerusi Mara Datuk Seri Idris Jusoh, wakil rakyat dan pemimpin pelbagai peringkat.

Dalam majlis itu Muhyiddin meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada Sekolah Menengah Imtiaz dan Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud bagi membolehkan sekolah itu menjadi peneraju dalam mencipta kejayaan dalam pelajaran.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, sejajar dengan usaha itu, Kementerian Pelajaran juga akan mengambil 365 guru pakar Bahasa Inggeris dari luar negara bagi membolehkan mereka mengajar dan mendidik guru Bahasa Inggeris sedia ada di negara ini.

Beliau berkata, langkah itu adalah ke arah memastikan proses pengajaran bahasa antarabangsa tersebut berjalan lancar.

Katanya, penempatan mereka dibuat secara kontrak bagi membolehkan usaha secara terancang dapat dilakukan.

''Selain penempatan guru pakar, guru sedia ada di negara ini juga akan dilatih dengan pelbagai insentif dan galakan. Melalui tindakan demikian ia bakal menjadi suatu rangsangan untuk melakukan sesuatu ke arah yang lebih baik," katanya

SPT Jadi Tanda Aras

RKIB : 05/02/2010
SBT penanda aras baru - TPM

NUSAJAYA 4 Feb. - Penyenaraian 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang diumumkan baru-baru ini bukan sahaja untuk menaik taraf sekolah tersebut, malah ia menjadi satu penanda aras baru dalam pembangunan dan mutu pendidikan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman itu akan membolehkan semua sekolah mengetahui senarai SBT dan mereka akan berusaha gigih ke arah mencapai kriteria tersebut.

"Tetapi saya juga sedar memang ada perbezaan dan jurang dari segi taraf pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak yang daif.

"Tetapi dengan cara begini (SBT), kita harap sekolah lain akan mencapai taraf SBT. Sekolah yang di bawah pun cemerlang juga, cuma dia tidak dapat memenuhi kriteria yang ketat. Dia cemerlang tetapi di bawah dan kita harap mereka akan terus meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Stadium dan Kompleks Sukan Educity@Iskandar di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Iskandar Investment Bhd. (IIB), Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Arlida Ariff.

Beliau mengulas kebimbangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo bahawa langkah kerajaan menyenaraikan 20 buah (SBT) akan melebarkan lagi jurang kualiti pendidikan di bandar dan luar bandar.

Mohamad Khir juga mempersoalkan tindakan kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM700,000 setahun kepada SBT, tetapi pada masa sama memotong bajet sekolah biasa sehingga menjejaskan banyak aktiviti pendidikan.

Muhyiddin berkata, mengikut Indeks Prestasi Utama (KPI) Kementerian Pelajaran, pihaknya menyasarkan 20 buah SBT, manakala 30 buah pada tahun depan sebelum jumlahnya meningkat kepada 50 buah menjelang 2012.

Beliau berkata, kementeriannya dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) menyasarkan dapat mewujudkan 100 buah SBT.

"Tetapi kita tidak mahu dengan ada SBT ini, sekolah-sekolah lain menjadi tidak penting. Hanya 20 buah SBT sedangkan kita ada kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara.

"Tumpuan masih diberikan kepada semua sekolah dan kita hendak pastikan yang mana belum cemerlang akan meningkat, manakala yang sudah cemerlang akan naik ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selain SBT Kementerian Pelajaran akan mengambil langkah dengan memulakan program 'hand holding' antara Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) dengan 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di negara ini.

Beliau menjelaskan, menerusi program itu, setiap IPGM akan mengambil sebuah sekolah yang masih berada di tahap pretasi rendah.

"Sudah pasti sekolah ini tidak akan naik ke SBT, tetapi jika dapat meningkat 20 hingga 30 peratus daripada tahap sekarang, ia merupakan satu pencapaian," katanya.

Salah satu lagi NKRA ialah insentif kepada pengetua dan guru besar yang berjaya mencapai tahap yang lebih tinggi.

"Insentif ini bukan sahaja untuk pengetua dan guru besar, malah seluruh guru di sekolah tersebut agar mereka bersama-sama berusaha untuk meningkatkan tahap sekolah," katanya

Bantuan Pelajar Miskin

ARKIB : 06/02/2010
RM650 juta bantu pelajar miskin pelbagai kaum

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Kerajaan membelanjakan sebanyak RM650 juta sepanjang tahun lalu bagi membantu murid dan pelajar miskin pelbagai kaum di semua jenis sekolah di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah tersebut menunjukkan keprihatinan dan juga pelaburan kerajaan dalam membangunkan modal insan negara.

Justeru, katanya, faktor kemiskinan bukan lagi penghalang kepada mana-mana pelajar untuk meneruskan pelajaran berbanding generasi terdahulu.

"Hampir 800,000 murid telah menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang menelan belanja sebanyak RM400 juta pada tahun lalu.

"Bagi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pula, sebanyak RM250 juta telah dibelanjakan melibatkan penyediaan makanan bernilai RM1.80 sehari untuk seorang murid," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan kepada 105 murid dan pelajar miskin melibatkan tujuh buah sekolah di sekitar Kepong dan Jinjang di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kelab Kok Kwan, Lew Bok Hua memberikan sumbangan sebanyak RM76,000 kepada wakil Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kepong 2 untuk pembinaan bangunan sekolah.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, penglibatan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam membantu prestasi sekolah yang lemah seperti diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, diharapkan dapat membawa perubahan yang besar.

Beliau berkata, kementerian bukan sahaja memberikan perhatian kepada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), tetapi juga mengenal pasti sebanyak 10 peratus sekolah yang berada dalam kategori prestasi lemah.

"Kalau prestasi sekolah itu mungkin hanya mencapai 10 peratus sekarang ini, kita harapkan menerusi penglibatan IPGM, ia dapat ditingkatkan kepada 50 atau 60 peratus," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menyelar tindakan segelintir pemimpin MCA yang terus mengkritik kumpulan Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai berikutan keputusan memboikot aktiviti Presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat sehinggalah pemilihan baru parti diadakan.

"Ada pemimpin buat macam-macam andaian, kononnya apabila kita boikot, kita tidur, tidak buat kerja dan masalah komuniti pun kita tidak ambil kisah.

"Saya rasa ini adalah interpretasi yang melampau," katanya.

Sekolah Biasa, Sekolah SPT

ARKIB : 04/02/2010
Sekolah biasa lahirkan pelajar berprestasi tinggi

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS

SEKOLAH berprestasi tinggi (SBT) merupakan satu penanda aras berbentuk kolektif yang mengambil kira prestasi keseluruhan komponen dalam sistem di sesebuah sekolah itu.

Justeru, berbekalkan prasarana yang baik beserta guru terlatih dan pelajar yang terpilih, sesebuah sekolah itu dilihat memiliki potensi tinggi untuk mencapai tahap SBT.

Namun bagaimana dengan sekolah-sekolah lain yang berada di hujung ceruk?

Lokasinya jauh di pedalaman, tiada komputer, tiada Internet dan para pelajarnya dalam kedaifan. Sejauh manakah kecemerlangan prestasi dapat diharapkan terhadap sesebuah sekolah sedemikian?

Juga beserta sistem sama yang diguna pakai, maka purata prestasi sekolah tidak menunjukkan banyak perubahan dari tahun ke tahun. Kelihatan faktor ekstrinsik meletakkan sempadan terhadap prestasi sekolah sedemikian. Benarkah begitu?

Dalam situasi ini, pemerkasaan faktor intrinsik menjadi fokus utama ke arah menghasilkan kecemerlangan mengatasi sempadan kejayaan yang didefinisikan oleh kekangan faktor ekstrinsik.

Keinginan, tekad, motivasi, azam atau apa sahaja ungkapannya merujuk kepada tumpuan ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Umpamanya dengan menanam tekad kepada warga sekolah untuk berusaha mara ke hadapan waima tidak memiliki kelebihan seumpama sesebuah sekolah SBT. Dengan tekad yang tinggi untuk maju maka kecemerlangan prestasi sekolah dapat dicapai, insya-Allah.

Oleh yang demikian peranan dan kerjasama setiap warga sekolah adalah perlu dalam mencetuskan perubahan yang diimpikan.

Perubahan tersebut tidak semestinya membuahkan 'A' bagi setiap mata pelajaran untuk semua pelajar, tetapi sekurang-kurangnya terdapat peningkatan terhadap prestasi setiap pelajar.

Jika yang gagal menjadi lulus, yang memperoleh 'B' akhirnya mendapat 'A', maka hal ini juga merupakan satu kejayaan buat pelajar dan sekolah kerana usaha transformasi yang dijalankan telah membuahkan hasilnya. Proses penambahbaikan yang berterusan terhadap usaha tersebut mampu menjamin kelangsungan peningkatan prestasi sekolah.

Guru agen perubahan

Faktor latar belakang seseorang pelajar itu turut mempengaruhi keupayaan dan motivasinya untuk belajar. Pelajar daripada latar kemiskinan mungkin memiliki prestasi akademik yang rendah disebabkan oleh faktor kehidupannya itu.

Tambahan pula, rasa rendah diri akibat kemiskinan diri mungkin menyebabkan mereka lebih tercicir dalam pelajaran dan pergaulan dengan rakan.

Justeru, para pelajar sedemikian perlu diberi lebih perhatian oleh guru memandangkan mereka bukan sahaja kekurangan kemudahan atau peluang untuk cemerlang dalam pelajaran tetapi juga memerlukan lebih rangsangan motivasi untuk menghadapi cabaran suasana kehidupan mereka.

Selain peranan kaunselor terlatih yang dapat menyediakan sesi kaunseling secara empat mata dengan pelajar, para guru lain juga boleh berperanan sebagai pakar motivasi kepada para pelajar mereka. Umpamanya, sebahagian kecil daripada masa mengajar mereka mungkin boleh digunakan untuk menyampaikan sedikit kisah motivasi untuk dikongsi bersama dengan para pelajar.

Para guru mungkin berhadapan dengan kerenah dan disiplin pelajar yang pelbagai di samping perbezaan dari segi keupayaan pelajar memahami pengajaran guru.

Maka di sini guru bukan sahaja berperanan sebagai mualim yang menyampaikan ilmu, tetapi juga perlu berperanan sebagai murabbi dalam membentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji di kalangan anak didiknya.

Misi dan visi pengetua

Sebagai pemimpin tertinggi sesebuah sekolah itu, pengetua memiliki tanggungjawab dalam merencana hala tuju pencapaian sesebuah sekolah itu. Berdasarkan sumber kewangan dan modal insan yang ada, pengetua berusaha mengadunkan ramuan yang dimiliki untuk menghasilkan resipi kejayaan yang lebih bermakna.

Pengetua boleh menetapkan matlamat prestasi yang realistik untuk dicapai secara bersama dengan sokongan para guru dan warga sekolah yang lain. Seterusnya bersama-sama merangka sistem ke arah mencapai matlamat tersebut.

Pengetua seterusnya memantau pelaksanaan sistem yang dirangka bagi memastikan ia selari dengan matlamat yang ditetapkan.

Sebagai contoh, pengetua menetapkan supaya diadakan kelas tambahan pada waktu petang dan seterusnya memastikan program sedemikian berjalan seperti yang dirancangkan.

Bagi sekolah-sekolah biasa, mungkin bukan semua aspek SBT tidak dapat dicapai secara sepenuhnya berdasarkan sumber yang ada.

Namun, modul-modul pengajaran yang terbukti berjaya oleh SBT sewajarnya dikongsi bersama dengan sekolah-sekolah lain untuk dipraktikkan.

Ibu bapa dan pelajar

Sebagai ibu bapa, sokongan kita amat diperlukan dalam menggalakkan anak-anak melalui alam persekolahan sebaik mungkin. Sekolah perlu dilihat sebagai pelengkap kepada proses pendidikan anak-anak oleh ibu bapa, dan bukan sebaliknya.

Di samping itu, ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan dengan belajar daripada anak-anak tentang ilmu yang diperoleh di sekolah.

Pendidikan merupakan satu jalan bagi pelajar keluar daripada kepompong kemiskinan. Dengan pendidikan dapat menjadikan seseorang itu berilmu, dengan ilmu seseorang itu dapat menuju ke arah kejayaan di dunia juga di akhirat.

Walau sedaif mana sesebuah sekolah itu, walau sejauh mana pelajar mengembara menuju ke sekolah, mungkin ia adalah lebih baik daripada langsung tidak bersekolah.

Sekurang-kurangnya hal ini membolehkannya membaca, menulis dan mengira. Asas kemahiran sedemikian diperlukan oleh anak-anak pada zaman ini.

Kesimpulan

SBT merupakan satu usaha positif Kementerian Pelajaran dalam mewujudkan penarafan kepada sekolah-sekolah di Malaysia.

Melalui langkah ini diharap lebih banyak sekolah dapat berusaha ke arah mencapai tahap SBT dan seterusnya melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang untuk pembangunan modal insan negara.

Di samping itu, diharapkan agar aspek pembangunan rohani dan akhlak pelajar dapat ditekankan dalam program SBT bagi mewujudkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dari sudut keterampilan, keimanan dan akhlak.

Bagi para pelajar juga, walau di mana kita menuntut, apa yang lebih penting adalah semangat dan fokus kita untuk tekun belajar serta meletakkan pengharapan kepada Allah agar usaha kita diberkati dan dikurniakan kejayaan.

Khir dan SPT

ARKIB : 04/02/2010
Khir bimbang SBT lebar jurang sekolah

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo bimbang langkah kerajaan menyenaraikan 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan melebarkan lagi jurang kualiti pendidikan bandar dan luar bandar.

Beliau juga mempersoalkan tindakan kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM700,000 setahun kepada SBT tetapi pada masa sama memotong bajet sekolah biasa sehingga menjejaskan banyak aktiviti pendidikan.

"Apakah kecemerlangan anak-anak di SBT lebih utama berbanding pelajar di seluruh negara yang tiada peluang untuk berada di SBT.

"Lebih menyedihkan, bagaimana nasib anak di pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak yang masih di sesetengah kawasan belajar dalam keadaan daif.

"Jadi di mana keutamaan Kementerian Pelajaran? Kementerian sepatutnya menumpukan sekolah yang tertinggal terlebih dahulu berbanding memberi bantuan kepada sekolah yang telah cemerlang dan mempunyai budaya pembelajaran cukup baik serta sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang kuat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk Mana Lebih Penting, SBT atau Anak-Anak Di Pedalaman? dalam blognya, www.drkhir.com.

Mohamad Khir berkata, lebih baik bagi Kementerian Pelajaran menumpukan pada sekolah yang berada di ranking terbawah terlebih dahulu supaya mereka mampu melahirkan pelajar terbaik sama seperti sekolah yang telah sedia cemerlang.

Belanjalah Cara Berhemah

ARKIB : 01/02/2010
Belanja secara berhemah

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Pentadbir sekolah perlu bijak mengurus peruntukan yang diberi dan belanja mengikut kemampuan, tegas Mohd Nasir Mohd Noor.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang (1) itu, segalanya tertakluk kepada kebijaksanaan kepimpinan sekolah untuk mendapatkan sumber kewangan lain sama ada daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sumbangan awam atau syarikat korporat.

"Jangan jadikannya sebagai alasan untuk tidak melibatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini ari ini.

Dalam hal ini, pentadbir perlu selektif dalam menyertai sebarang pertandingan atau kejohanan sukan.

"Pilih sukan yang sekolah ada potensi dan peluang untuk menang,'' ujarnya.

Tambah beliau, bukan semua pelajar terlibat dalam semua aktiviti kecuali dalam beberapa acara seperti merentas desa dan temasya sukan tahunan.

Justeru, katanya, tidak timbul isu kekurangan peruntukan ini menjejaskan aktiviti kokurikulum pelajar.

Pengurangan Bajet untuk KPM

ARKIB : 01/02/2010
Pengurangan bajet KPM: Cabaran buat guru

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Pengurangan bajet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tahun ini dilihat sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi para guru dan pihak pengurusan sekolah dalam usaha mereka bagi mengekalkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta melahirkan pelajar-pelajar cemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad, melalui pengurangan bajet oleh KPM itu banyak aktiviti sokongan pendidikan seperti aktiviti luar bilik darjah tidak dapat dijalankan.

''Pihak sekolah hanya dapat melaksanakan aktiviti peringkat dalaman sahaja manakala peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tidak dapat dilaksanakan.

''Aktiviti-aktiviti sebegini penting dalam usaha mengasah bakat pelajar selain meningkatkan disiplin, motivasi dan sahsiah pelajar berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kementerian mempunyai alasan dan sebab mereka tersendiri mengurangkan bajet tersebut dan ia dilakukan demi untuk kebaikan semua pihak terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya sekarang.

''Guru-guru tidak perlu merasa sangat terbeban dengan pengurangan bajet itu kerana ia adalah bersifat sementara. Anggap ia sebagai satu cabaran dalam usaha memartabatkan pendidikan negara dan melahirkan anak bangsa yang cemerlang.

''Pengurangan bajet ini juga akan meningkatkan semangat guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk berusaha lebih bagi menjadikan sekolah mereka sebagai salah satu sekolah berprestasi tinggi di negara ini. Ianya tidak mustahil untuk dicapai," jelasnya.

Sabri berkata, janganlah terlalu mengharapkan imbuhan dan bantuan dari kerajaan dan sebagai guru, kita perlu memahami juga apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk kebaikan semua.

''Diharap agar guru-guru akan lebih berdaya saing dalam menunjukkan kualiti mereka selain melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

''Pengorbanan yang lebih perlu dilakukan oleh mereka dalam mendidik para pelajar dan perkara ini adalah tidak mustahil untuk dijayakan jika adanya kerjasama dan kesepaduan di kalangan guru-guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," katanya.

Dalam pada itu beliau turut meminta supaya pengurangan bajet yang melibatkan bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dan kurang berkemampuan dikaji semula.

''Pengurangan bajet itu akan menjejaskan baucer tuisyen bagi pelajar- pelajar miskin dimana peluang untuk pelajar kurang berkemampuan mendapatkan bantuan semakin sukar dan syarat yang dikenakan lebih ketat.

''Bantuan pakaian seragam untuk aktiviti badan beruniform pelajar-pelajar miskin juga sudah tidak diberikan," katanya.

Selain itu jelasnya, pihak sekolah kini perlu menanggung sendiri perbelanjaan dan utiliti seperti bayaran bil elektrik dan bekalan air dimana kesannya lebih teruk dirasai oleh sekolah dua sesi.

''Saya meminta supaya KPM mengekalkan bajet terutamanya perbelanjaan dan utiliti sekolah kerana ianya dirasakan tidak adil kepada pihak sekolah," katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani Bina berkata, pihak sekolah memahami kehendak KPM mengurangkan bajet kerana faktor kegawatan ekonomi negara sekarang.

Namun begitu katanya, sebaiknya segala peruntukan yang melibatkan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta latihan perguruan tidak perlu dikurangkan atau disentuh langsung.

''Pengurangan itu bakal menyebabkan terjejasnya tujuan pendidikan selain akan membantutkan usaha dalam melahirkan guru-guru cemerlang di negara ini," katanya.

RM1.2j untk P&P

ARKIB : 29/01/2010
Lebih RM1.2j perkasa akademik sekolah

MELAKA 28 Jan. - Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM1,263,900 bagi melaksanakan program memperkasakan bidang akademik di semua sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, daripada jumlah itu, RM500,000 akan digunakan untuk membantu pelajar dan pihak sekolah membuat kelas tambahan di semua sekolah berasrama.

Baki sebanyak RM793,900 yang disumbangkan oleh Yayasan Melaka (YM) pula, menurut beliau, diperuntukkan untuk kegunaan semua sekolah menengah dan rendah harian.

"Semoga dengan adanya bantuan ini, ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa dan guru-guru untuk menyediakan kelas tambahan kepada para pelajar.

"Bantuan ini juga diharap dapat meningkatkan kecemerlangan akademik di Melaka dan melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang untuk meletakkan negeri ini pada kedudukan pertama di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian Penyampaian Sumbangan Kecemerlangan Pelajar Sekolah-sekolah Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini kelmarin.

Tambahan RM700 ribu untuk SBT

ARKIB : 29/01/2010
TPM umum peruntukan tambahan RM700,000 kepada SBT
29/01/2010 11:23am

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumunkan peruntukan tambahan sebanyak RM700,000 setahun kepada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) untuk tujuan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran, pemantapan guru dan pembiayaan aktiviti kokurikulum. – Utusan

Sekolah 5 Bintang

ARKIB : 13/02/2010
500 sekolah taraf lima bintang

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Feb. - Kementerian Pelajaran menyasarkan 500 daripada 10,000 sekolah seluruh negara mencapai taraf sekolah lima bintang hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penarafan itu berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) yang merupakan satu set piawaian bagi mengukur pencapaian sekolah dalam empat bidang iaitu penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur.

"Pada tahun lalu 8,454 sekolah ditarafkan. Daripada bilangan ini, 7,575 sekolah berjaya ke tahap tiga hingga lima bintang," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Pembentangan Laporan dan Majlis Penghargaan bagi Program Sekolah Bestari Luar Bandar di Hotel Marriot di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Baldisham Ghazali.

Menurut Alimuddin, 35 sekolah luar bandar akan ditambah ke dalam Program Sekolah Bestari Luar Bandar pada fasa kedua tahun ini.

Beliau berkata, penambahan itu juga secara tidak langsung mempercepat proses pembestarian sekolah luar bandar yang sebelum ini bermula dengan 15 sekolah pada tahun lalu.

Katanya, program tersebut diguna pakai untuk pelaksanaan 88 sekolah bestari penanda aras yang disesuaikan untuk pelaksanaan sekolah luar bandar.

"Sekolah tersebut dipilih daripada kategori menengah harian, sekolah kebangsaan, sekolah teknik vokasional, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pendidikan khas, sekolah Felda dan sekolah Orang Asli atau Penan.

"Sekolah luar yang dipilih juga perlu mempunyai kemudahan asas bekalan elektrik 24 jam, mempunyai infrastruktur asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti asas makmal komputer, Pusat Akses Sekolah dan mendapat kemudahan Schoolnet," jelasnya.

Selain itu, beliau memberitahu, sekolah tersebut sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap penarafan tahap tiga bintang berdasarkan SQSS.

Ditanya mengenai pelbagai pelaksanaan label sekolah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), sekolah kluster, sekolah berasrama penuh (SBP), beliau berkata perkara tersebut tidak membawa banyak perbezaan.

"Apa yang membezakan hanya program yang dikhususkan kepada sekolah tersebut sahaja.

"Pada dasarnya hanya terdapat tiga jenis sekolah asal iaitu sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah bantuan modal dan sekolah swasta sahaja," katanya.

Guru dan Tugasnya

ARKIB : 15/02/2010
Guru punca pelajar gagal kuasai 3M?

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pendedahan 60 peratus pelajar tahap satu di sekolah seluruh negara masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengejutkan rakyat negara ini.

Ahli-ahli akademik menyatakan mereka sangat terkejut dengan pendedahan tersebut dan berharap satu tindakan yang serius dan komprehensif perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah itu.

Tokoh pendidik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, keadaan itu berlaku mungkin berpunca kerana guru zaman sekarang hanya menolong pelajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan sahaja tetapi tidak mendidik.

"Mereka langsung tidak mengenal pasti kelemahan menguasai perkara asas 3M itu tetapi hanya menyasarkan pelajar tersebut lulus peperiksaan semata-mata," katanya.

Katanya, kelemahan sistem pembelajaran sekarang juga menyebabkan guru-guru tidak dilatih dengan sempurna untuk benar-benar menjadi seorang pendidik.

Mengulas isu yang sama, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, beliau terkejut dengan perkembangan itu dan menganggap masalah tersebut tidak boleh dipandang ringan.

"Sama seperti membina bangunan, jika asasnya tidak kukuh maka bangunan tersebut akan runtuh dan prasekolah merupakan asas pendidikan negara yang harus diberi tumpuan.

"Ketika ini, pelaksanaan prasekolah masih belum menyeluruh terutamanya di luar bandar dan jika guru gagal menumpukan aspek 3M, ia merupakan satu cabaran utama yang perlu diatasi Kementerian Pelajaran," katanya.

Tambah beliau, kurikulum dan modul prasekolah juga perlu dipertingkatkan semula agar pelajar tidak tertekan dan seronok untuk ke sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan pula berpendapat, masalah itu timbul kerana Malaysia masih kekurangan program televisyen yang kreatif untuk menarik minat kanak-kanak.

"Berdasarkan pemerhatian saya, rancangan berbentuk pendidikan yang ditayangkan di televisyen seperti Along dan Sesame Street mampu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan kanak-kanak.

"Malangnya, rancangan seperti ini tidak diketengahkan sebaliknya hanya rancangan berbentuk hiburan semata-mata mendapat tempat ketika waktu cuti sekolah," katanya.

Hashim berkata, proses pembelajaran kanak-kanak sangat berbeza dengan orang dewasa dan mereka tidak boleh ditekan dengan modul yang berat.

"Mereka lebih tertarik dengan sesuatu yang unik dan menyeronokkan seperti pembelajaran secara interaktif dan cara ini sudah digunapakai oleh negara maju.

"Saya mencadangkan agar Kementerian Pelajaran dan media massa tempatan bekerjasama merancang program yang kreatif dan mampu menyampaikan kemahiran 3M ini secara santai serta diterima kanak-kanak zaman sekarang," katanya.

Penulis Bebas dan Sekolah Prestasi Tinggi

ARKIB : 28/01/2010
Cadang wujudkan SBBT

Oleh KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN

Pengumuman Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai senarai dua puluh sekolah berprestasi tinggi (SBT) pastinya mendatangkan minat yang bukan kecil di kalangan ibu bapa. Penulis pasti, kepada ibu bapa yang anak mereka berada di dalam senarai tersebut, berasa amat bertuah dan beruntung kerana anak mereka diberikan ruang untuk mendapat ilmu di sekolah yang diumumkan. Memang menjadi keinginan setiap ibu bapa untuk menghantar anak ke SBT.

Hakikatnya, asas pendidikan menjadi perkara yang sangat penting kepada ibu bapa masa kini. Persaingan amat ketat. Kita tekad untuk menyediakan anak-anak kita dalam medan persaingan yang sezaman dengan mereka.

Kalau dahulu, kita menjadi sangat fobia dengan peralatan komputer dan sebagainya - hari ini kita dapat melihat anak-anak waima di sekolah rendah, mahu mempunyai e-mail dan facebook sendiri! Mereka cukup terkehadapan dalam perkara ini.

Dalam konteks kita menuju sebuah negara maju, sebagai persediaan kita menjengah 'model ekonomi baru' yang bakal diperhalusi tidak beberapa lama lagi; pendidikan akan menjadi soal dan perkara yang sangat teras.

Walaupun pada dasarnya kita gembira dengan makluman dua puluh sekolah berprestasi tinggi; apakah dengan dua puluh sekolah ini sahaja kita mampu menyediakan 'tenaga muda' yang mampu menjulang nama dan maruah negara? Apakah kita mampu berpuas hati setakat itu sahaja?

Penulis pasti, dalam niat dan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), ia pastilah menjurus kepada usaha 'pendemokrasian prestasi' yang lebih nyata. Kita menginginkan 'kluster' dan kumpulan SBT yang lebih luas.

Kita menginginkan agar setiap sekolah yang mempamerkan pencapaian baik di dalam ukur nilaian yang ditetapkan mampu diakses oleh lebih ramai rakyat. Maka dengan itu, agenda 'mendahulukan rakyat' akan menjadi lebih diterima dan demokratik.

Penulis suka mencadangkan, agar Kementerian Pelajaran mengkaji kemungkinan mempunyai satu lagi kumpulan sekolah yang menjadi pelengkap kepada SBT. Sekolah berpotensi berprestasi tinggi (SBBT) juga wajar diwujudkan.

Perhatian, fokus dan tumpuan mestilah diberikan kepada sekolah harian berbanding 'Sekolah Berasrama Penuh'. Pada pandangan penulis, kalangan anak-anak yang sudah sedia berada di asrama penuh, sudah pun 'dipilih' untuk berada di sana. Namun, sekolah harian yang terpaksa menerima kumpulan pelajar daripada pelbagai latar belakang itulah sebenarnya lebih cemerlang - jika mampu berada di kelompok SBT/SBBT.

Tanpa menidakkan peranan guru-guru SBP - penulis lebih terpanggil untuk kita memberikan pengiktirafan sebaiknya kepada kalangan guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah di sekolah harian. Mereka ini menjadi kalangan 'pejuang yang kurang didendang', walaupun terpaksa berhadapan dengan kelompok pelajar yang pelbagai latar belakang.

Mereka tidak berurusan dengan pelajar yang 'sudah cemerlang'. Mereka tidak hanya mengajar kalangan pelajar yang 'terpilih'. Mereka menganggap semua pelajar sebagai 'anak' yang wajib dididik dengan penuh kasih sayang. Mereka inilah yang mampu 'mendemokrasikan' matlamat pendidikan dalam erti kata yang sebenar.

Justeru, memberikan penumpuan yang 'keterlaluan' kepada sekolah-sekolah yang terkenal, elit dan punya sejarah ratusan tahun sahaja - tidak pada niatnya, memenuhi hasrat pendemokrasian pendidikan yang sebenar.

Kalau kita teliti dan perhalusi senarai dua puluh SBT yang diumumkan; pencapaian beberapa sekolah harian lebih menarik perhatian. SK Bandar Baru Uda 2, SK Zainab (2) Kota Bharu Kelantan dan SK Convent Kota, Taiping, Perak misalnya wajar lebih dihormati dan dihargai.

Inilah kalangan sekolah yang benar-benar diuji dengan sistem pendidikan yang sebenar. Mereka tidak dilindungi oleh beberapa 'keistimewaan' yang dinikmati oleh sekolah berasrama penuh yang lain.

Untuk itu, kerajaan digesa untuk memperbesarkan sedikit 'kluster' SBT yang ada. Pengenalan SBBT, yang merangkumi sekolah harian khususnya, yang menunjukkan prestasi yang baik di sebalik kekurangan yang ada wajar diwujudkan seberapa segera. Inilah wadah untuk kita memperluaskan 'prestasi pendidikan' yang pastinya dihargai rakyat.

SBBT perlu dikhususkan kepada sekolah harian bagi memberikan 'ruang yang lebih adil' untuk pelajar di seluruh negara. Ia akan mewujudkan persaingan yang sihat di peringkat akar umbi. Bukannya persaingan di antara mereka yang 'terbilang' semata-mata. Kayu ukur pencapaian mestilah mengambil kita angkubah-angkubah tertentu yang lebih adil untuk mereka.

Kalau setiap SBT diberikan bantuan sebanyak RM1 juta, penulis merasakan tidak ada salahnya jika SBBT diberikan peruntukan khas sebanyak RM100,000 setahun bagi membantu mereka menyusun program dan agenda sekolah yang lebih tersusun dan kemas. Dengan pemberian ini, SBBT terbabit diberikan tempoh masa tertentu untuk merangka pelan strategik untuk mencapai tahap SBT dalam tempoh dua atau tiga tahun.

Dengan pengenalan SBBT, penulis menganggap ia akan memberi 'ruang' yang lebih adil untuk lebih ramai kelompok pelajar. Tidak semua anak kita yang cemerlang mampu berada di asrama penuh. Itu hakikat dan faktanya.

Kalau begitu, apalah salahnya jika 'pemerkasaan dan pembugaran pencapaian' sekolah harian diberikan penumpuan khusus oleh Kementerian Pelajaran.

Penulis percaya, jika SBBT diterima pakai, diusaha dan dijayakan - ia lebih mampu mengisi niat 'mendahulukan rakyat' yang diperkatakan oleh kerajaan. Lebih ramai ibu bapa di peringkat akar umbi yang dapat 'merasai' sumbangan dan perhatian kerajaan. Yang pasti, lebih ramai ibu bapa yang terdorong untuk percaya dengan sistem pendidikan kebangsaan.

SBBT - akan pastinya juga memberikan 'kepercayaan' kepada rakyat Malaysia pelbagai kaum untuk merasai nikmat pendidikan cemerlang. Kita tidak lagi terikat dengan 'kuota' dalam membicarakan kecemerlangan pelajar. Ini sekali gus, mampu mempercepatkan usaha merealisasi pemerkasaan aliran kebangsaan.

Penulis terpaksa akur, bahawa dalam kita menjayakan niat SBT/SBBT - peranan ibu bapa juga tidak kurang pentingnya. Kita tidak boleh terlalu berkira dalam soal pendidikan anak-anak. Kita tidak boleh menggunakan PIBG sebagai platform mencari kemasyhuran diri yang bersifat sementara. Kita tidak wajar menjadikan PIBG sebagai medan tempur politik dan kepentingan peribadi.

Ramai juga di kalangan rakan penulis, yang cuba memperbandingkan 'sikap' dan 'kematangan' ibu bapa sekolah Cina dengan mereka yang berada di sekolah kebangsaan. Sifat dan kemahuan mereka untuk 'menyumbang' kepada pelajar dan sekolah adalah luar biasa.

Kalangan ibu bapa yang berada di sekolah harian biasa perlu mula celik dengan pertanggungjawaban besar ini. Kita tidak boleh lagi menyerahkan kepada guru/sekolah dan kerajaan dalam memastikan kecemerlangan anak-anak kita. Hubungan baik ibu bapa dan guru, termasuk kakitangan sokongan sekolah mestilah berada di tahap yang tinggi.

Penulis cukup yakin, kerajaan akan kelihatan lebih dinamik, progresif dan adil sekiranya mampu memperluaskan sedikit senarai SBT yang baru diumumkan. Pengenalan SBBT akan lebih mampu menarik minat ibu bapa dan pelajar untuk bersaing secara sihat. Tumpuan keterlaluan kepada sekolah berasrama penuh akan hanya memberikan kepuasan kepada kelompok kecil rakyat.

Dalam landskap politik yang serba baru, kerajaan mestilah bersungguh melaksana niat 'rakyat didahulukan; pencapaian diutamakan' yang dikehendaki oleh Perdana Menteri. Dalam politik juga, soal 'angka' menjadi sangat sinonim dan penting.

Apakah kerajaan cukup yakin dengan pelaksanaan SBT sahaja, rakyat berasa selesa dengan sistem pendidikan yang ada? Apakah kerajaan berasa yakin, dengan pelaksanaan SBT sahaja - seluruh tangan rakyat mampu digapai untuk 'merasai' nikmat kecemerlangan pendidikan?

Inilah masanya, agenda pendidikan dijadikan sesuatu yang 'dirasai' oleh kelompok rakyat yang lebih ramai. Tumpuan khusus terhadap sekolah harian dan tadbir urusnya, akan memberikan keyakinan kepada lebih ramai rakyat yang ada di luar sana.

Khairuddin Mohd. Zain ialah penulis bebas

Otak beku, otak cair

Jangan pinggirkan murid kurang pintar

BERBANDING dengan pelajar yang kurang pintar dan 'berotak beku' di negara ini, pelajar pintar dan 'berotak cair' lebih mendapat keistimewaan dari sudut pembelajaran, bermula dari pra-sekolah lagi. Terbaru pelajar pintar dan 'berotak cair' mendapat keistimewaan belajar di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Memang tidak boleh dinafikan bahawa SBT yang dimulakan dengan 20 buah sekolah dan akan terus ditambah kepada bilangan 100 buah pada tahun 2012 adalah baik dan berfaedah kepada negara. Murid yang pintar dan 'berotak cair' memang perlu dipastikan menerima pendidikan yang sempurna tanpa sebarang halangan. Mereka adalah aset negara.

Lazimnya sekolah yang baik dan melahirkan murid yang cemerlang bukan sahaja mengumpulkan murid yang cerdik tetapi mereka juga akan dididik oleh guru yang terbaik, malah pengurusan sekolahnya juga dilakukan oleh pengurusan yang cemerlang.

Di samping itu sekolah-sekolah cemerlang yang mana murid, guru-guru dan pengurusannya cemerlang akan menjadi perhatian dan akan sentiasa dipantau oleh pejabat pelajaran daerah, pejabat pelajaran negeri dan juga Kementerian Pelajaran sendiri dengan pelbagai program dibuat supaya yang cemerlang akan lebih cemerlang. Proses penerimaan pelajarnya pun melalui proses penapisan dan pemilihan yang cukup ketat dan rapi.

Tetapi murid yang kurang cemerlang dan belajar pula di sekolah yang kurang cemerlang lazimnya akan diajar oleh guru yang kurang cemerlang dan pengurusan sekolahnya juga diurus oleh pengurusan yang kurang cemerlang, menjadikan mereka yang kurang cemerlang kekal dalam keadaan kurang cemerlang.

Bagi saya ia tidak adil kepada pelajar kurang cemerlang yang bukan minta dilahirkan dengan kurang cemerlang dan 'berotak beku'. Ibu bapa juga tidak pernah mendoakan agar anak yang dilahirkan kurang pintar dan 'berotak beku'. Masing-masing mengharapkan dikurniakan anak yang berkualiti dan berprestasi tinggi.

Kata orang, seperdu buluh kepada seorang yang kreatif dan mempunyai bakat dan kerajinan yang cemerlang seperti orang Jepun akan menghasilkan pelbagai barangan yang boleh dijual dengan harga yang mahal. Tetapi kepada seseorang yang tidak kreatif seperti kebanyakan orang bangsa kita ia tentulah dianggap hanya boleh dijadikan rakit atau galah untuk memasang bendera parti pada musim pilihan raya.

Demikian juga dalam dunia pendidikan, murid yang kurang pintar dan 'berotak beku' bagi guru yang kurang cemerlang akan dilihat membebankan dan dilihat umpama belakang parang, walaupun boleh diasah dan ditajamkan tetapi ia akan memakan masa yang lama dan memerlukan usaha yang lebih oleh pengasahnya. Tetapi kepada guru yang cemerlang, pasti ada usaha dan ikhtiar supaya belakang parah yang diasah cepat tajam.

Maknanya murid yang kurang cemerlang dan 'berotak beku' sepatutnya dididik oleh guru yang cemerlang dan sekolah yang kurang cemerlang perlu diuruskan oleh pengurusan yang cemerlang, bukannya menjadi tempat longgokan guru dan tenaga kerja yang patut dipeti-sejukkan.

Murid yang pintar dan cemerlang pasti lambat diajar, apa yang diajar akan cepat difahami. Kawan saya tidak pernah pun kalut menghantar anak-anaknya tuisyen atau memilih sekolah cemerlang untuk anaknya belajar, tetapi semua anaknya kini jadi peguam dan doktor kerana anak-anaknya memang sedia pintar dan berotak cair.

Bagi saya dalam memberi pendidikan, tumpuan yang lebih atau pun setidak-tidaknya tumpuan yang sama rata perlu diberikan kepada pelajar yang kurang pintar dan 'berotak beku', termasuk mendidik mereka berdasarkan minat dan kecenderungan.

Kalau dia minat bertukang rumah misalnya, maka doronglah ke arah itu, pasti dia akan menjadi tukang rumah yang cemerlang. Jangan dipaksa pelajar dengan pendidikan atau mata pelajar yang mereka tidak suka.

Demikian juga kalau orang yang tidak berminat tentang hobi memancing atau hobi-hobi yang lain, pantang disyarah mengenainya pasti dia akan berdengkur. Tetapi kalau disyarah kepada yang berminat, maka akan kecur air liurnya, malah apabila apa yang disyarahkan tidak difahami, maka akan segera dikemukakan tentang apa yang tidak difahami.

Oleh itu percayalah, kalau anak-anak dididik dan didorong berdasarkan minat dan kecenderungan mereka, soal murid kurang cemerlang tidak akan timbul kerana masing-masing akan cemerlang mengikut bidang yang diminati, tambah-tambah kalau diasuh dan dididik dalam bidang berkenaan yang pasti akan diikuti dengan penuh minat dan keseronokan.

MUHAMMAD HAFIZUDDIN RAMLI

Kota Bharu, Kelantan